panjang lagi umur sy... skarang naik lagi satu tangga umur.. huhu.. tp bagi sy.. itu semua angka.. hati masih remaja.. huhu Selamat tinggal 2011.. Memori pahit getir di 2011 akan sentiasa diingatan dan sy jadikan ia sebagai tunggak untuk teurs maju..
Di ambang 2012.. 1 Januari 2012, memberi seribu erti.. menyambut tahun baru bersama org yg sy syg.. sgt bahagia.. dan hari ini juga sy berjumpa dengan keluarga baru.. membuat kan hati nie dah berbunga bunga... Alhamdulillah... gembira nya sy di saat menyambut tahun baru... sy berharap.. kegembiraan ini akan berterusan selamanya..
Sudah terlalu byk sy harungi pahit manis dalam kehidupan.. sy terimanya sebagai ujian yang Esa.. Biarlah mula dari hari ini... semuanya gembira dan berterusn.. Saya memohon pada Tuhan.. cukuplah ujian yg diberikan... Slama ini yg cukup terseksa...
Kadang2 sy rasa seperti berada di kehidupan yg baru.. kadang2 terasa seperti bermimpi... Tak sangka.. Akhirnya sy rasa juga apa itu erti bahagia... ^_^
Lambat lagi la sy tua nampaknya.. sebab muke nie slalu jer tersenyum.. hik2...
Santapan minda..
>> Cita-cita membuatkan manusia mengharapkan sesuatu yang lebih sempurna
>> Kebencian tidak dapat dimusnahkan dengan kebencian melainkan dengan kasih sayang
>>Sifat pemarah adalah musuh utama akal. - Saidina Ali Abi Talib
>>Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik.
>>Cinta akan mencari manusia. Tetapi manusia jangan mencari cinta. - Yusof al-Qardhawi
>>Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, sehinggalah ianya hilang dari sisi
>>Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
>>Berkisar dan berpaling daripada keadilan kerana dorongan hawa nafsu hanyalah menyulitkan diri sendiri. - Hamka
>>Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.
>>Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.
>>Orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya.
>>Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada
>>Tidak ada lautan yang luas, lurah yang dalam, bulan yang tinggi dan jalan yang susah bagi orang yang mahu.
>>Cinta yang dibasuh oleh airmata akan tetap murni dan indah sentiasa.
>>Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya, jangan engkau tinggalkan dia kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.
No comments:
Post a Comment