Ya Allah Ya Rabb...Engkaulah penentu segalanya..
Tenangkanlah hati hamba mu yang kerdil ini.. berikanlah sedikit rasa bahagia.. Ya Allah.. berilah aku petunjuk mu.. Jangan kau terjerumus kan aku skali lagi ke lembah duri.. Aku mohon pada mu.. Menyuluh cahaya mu dan beri petunjuk mu supaya aku tidak lagi salah memilih.. Patutkah aku menerima seseorang yg telah berjanji dan bertaubat? Kadang2 manusia bertaubat bila rasa terdesak..Dan melupakan taubat itu bila leka kembali.. Ya Allah.. mungkinkah ada hikmah di sebalik apa yang berlaku sebelum ini? Adakah semua yang berlaku itu adalah untuk menyedarkan kami tentang perkara yang salah dan dosa? Jujur aku katakan..setiap detik aku memikirkan... aku mengingati.. tidak sedetik pun aku lupa..iaitu kenangan...
Ya Allah.. Aku memohon.. Jika dia untuk ku.. Dekatkanlah aku dengan dia.. Temukanlah aku dengan dia.. dan biar kami bahagia.. Tetapi jika dia bukan diciptakan untuk ku.. Hilangkanlah dia dari ingatan ku..dari mata hati ku... Mulut boleh menukar apa kata hati.. tapi bicara hati... siapa tahu?
Aku tidak berharap untuk menjadi orang terpenting dalam hidupmu.. Kerana itu permintaan yang terlalu besar bagiku.. Aku hanya berharap suatu saat nanti, jika kau melihatku..Kau akan tersenyum dan berkata "Dialah Orang Yang Selalu Menyayangiku..."
No comments:
Post a Comment