kamu tahu, kosong sangat rasa
bila saya menjeling telefon bimbit 5minit sekali
dan seolah berhalusinasi kerlipan kuning tanda ada pesanan
sedangkan semua mainan ilusi semata
bila saya menjeling telefon bimbit 5minit sekali
dan seolah berhalusinasi kerlipan kuning tanda ada pesanan
sedangkan semua mainan ilusi semata
kamu tahu, bosan sangat rasa
bila mata dan pena menulis segala macam jenis penyakit
sedangkan dalam hati cuma ada satu saja penyakit
rindu dendam yang membawa ke demam
bila mata dan pena menulis segala macam jenis penyakit
sedangkan dalam hati cuma ada satu saja penyakit
rindu dendam yang membawa ke demam
kamu tahu, rasa mahu padamkan saja alat komukasi itu
biar aku sedar diri kamu itu sibuk sekali hari ini
aku ini pendatang baru yang menyinggah
tumpang teduh menumpang kasih
biar aku sedar diri kamu itu sibuk sekali hari ini
aku ini pendatang baru yang menyinggah
tumpang teduh menumpang kasih
kamu tahu, aku masih mahu tunggu setengah jam lagi
sebelum aku benar2 padamkan telefon ini
sebab aku masih menunggu di sebelah nya
mengerling 5 minit sekali.
sebelum aku benar2 padamkan telefon ini
sebab aku masih menunggu di sebelah nya
mengerling 5 minit sekali.
No comments:
Post a Comment